DIARI KOKURIKULUM BULAN JANUARI
11 JAN 2010 (Isnin)

Mesyuarat Agung Rumah Sukan telah diadakan di Dewan Riadah, Dewan Terbuka dan Kantin Sekolah. 4 buah rumah sukan iaitu Rumah Saga, Satria, Waja dan Wira telah berbincang untuk memilih Ketua Rumah Sukan dan Ahli Jawatankuasa bagi rumah masing-masing. Taklimat telah diberi berkenaan Karnival Permainan yang akan diadakan pada minggu depan. Semua rumah sukan perlu menyerahkan nama peserta untuk setiap permainan yang diadakan.



18 - 19 JAN 2010 (Isnin dan Selasa)
Karnival Permainan antara rumah sukan telah diadakan yang melibatkan semua murid tingkatan 5. Karnival ini bertujuan untuk melahirkan murid yang seimbang dalam kurikulum dan kokurikulum dan penglibatan murid akan dikira dalam markah penilaian kokurikulum untuk tahun ini. Antara permainan yang diadakan ialah bola sepak, hoki 5 sebelah, badminton dan bola tampar untuk murid lelaki manakala permainan bola jaring, bola tampar dan badminton untuk murid perempuan. Kedudukan untuk setiap pertandingan akan dikira sebagai markah untuk rumah sukan.



19 JAN 2010 (Selasa)
Mesyuarat Agung Kelab dan Persatuan telah diadakan pada jam 1.40 petang. Semua unit perlu melantik ahli jawatankuasa dan membuat perancangan aktiviti untuk dilaksanakan pada tahun ini. Setiap unit perlu mereka bentuk T-Shirt kelab dan persatuan untuk dipakai pada setiap kali perjumpaan. Kelab yang tidak mempunyai T-Shirt akan diarahkan untuk memakai uniform sekolah pada setiap kali perjumpaan.
  • Demi Masa...

    menghitung hari

    Tuan Pengetua

    Tuan Pengetua
    Tn. Hj. Hussin bin Yusof

    Penolong Kanan Pentadbiran

    Penolong Kanan Pentadbiran
    Tn. Hj. Mohd Nazri bin Hashim

    Penolong Kanan HEM

    Penolong Kanan HEM
    Tn. Hj. Che An'nfullah bin Abdullah

    Penolong Kanan Kokurikulum

    Penolong Kanan Kokurikulum
    Tn. Hj. Mohamad bin Muda

    Gemilang Kokurikulum

    Gemilang Kokurikulum

    Contoh Sijil Kokurikulum

    Contoh Sijil Kokurikulum

    Perhimpunan Mingguan

    Perhimpunan Mingguan
    Setiap hari Selasa

    Hari Kokurikulum

    Hari Kokurikulum



    Majlis Perasmian

    Gerai Jualan


    Pameran

    Perkhemahan Perdana

    Perkhemahan Perdana