Carta Organisasi
| | edit post
DIARI KOKURIKULUM BULAN JANUARI
11 JAN 2010 (Isnin)

Mesyuarat Agung Rumah Sukan telah diadakan di Dewan Riadah, Dewan Terbuka dan Kantin Sekolah. 4 buah rumah sukan iaitu Rumah Saga, Satria, Waja dan Wira telah berbincang untuk memilih Ketua Rumah Sukan dan Ahli Jawatankuasa bagi rumah masing-masing. Taklimat telah diberi berkenaan Karnival Permainan yang akan diadakan pada minggu depan. Semua rumah sukan perlu menyerahkan nama peserta untuk setiap permainan yang diadakan.



18 - 19 JAN 2010 (Isnin dan Selasa)
Karnival Permainan antara rumah sukan telah diadakan yang melibatkan semua murid tingkatan 5. Karnival ini bertujuan untuk melahirkan murid yang seimbang dalam kurikulum dan kokurikulum dan penglibatan murid akan dikira dalam markah penilaian kokurikulum untuk tahun ini. Antara permainan yang diadakan ialah bola sepak, hoki 5 sebelah, badminton dan bola tampar untuk murid lelaki manakala permainan bola jaring, bola tampar dan badminton untuk murid perempuan. Kedudukan untuk setiap pertandingan akan dikira sebagai markah untuk rumah sukan.



19 JAN 2010 (Selasa)
Mesyuarat Agung Kelab dan Persatuan telah diadakan pada jam 1.40 petang. Semua unit perlu melantik ahli jawatankuasa dan membuat perancangan aktiviti untuk dilaksanakan pada tahun ini. Setiap unit perlu mereka bentuk T-Shirt kelab dan persatuan untuk dipakai pada setiap kali perjumpaan. Kelab yang tidak mempunyai T-Shirt akan diarahkan untuk memakai uniform sekolah pada setiap kali perjumpaan.
| | edit post
SASARAN KOKURIKULUM TAHUN 2010
Sukan dan Permainan

• 6 pasukan permainan sekolah memasuki sekurang-kurangnya peringkat separuh akhir semua pertandingan yang disertai.
• 4 pasukan permainan sekolah menjuarai pertandingan peringkat MSSMKTU.
• Sekurang-kurangnya 3 pelajar mewakili MSSMKTU ke peringkat MSST dalam setiap permainan yang disertai.
• Johan Bola Sepak Peringkat Zon Timur (Kelantan dan Terengganu) dan memasuki Peringkat Akhir Peringkat Kebangsaan Kejohanan Antara Teknik (KAT).
• Memperoleh sekurang-kurangnya 8 pingat emas dalam Kejohanan Olahraga MSSMKTU.
• Johan Pertandingan Bola Jaring Kejohanan Antara Teknik (KAT) Peringkat Zon Timur (Kelantan dan Terengganu)
• Johan Ragbi Peringkat Zon 8 Kejohanan Antara Teknik dan menjuarai Kejohanan Peringkat Kebangsaan.
• Memasuki peringkat separuh akhir Pertandingan Sofbol peringkat MSSMKTU dan Zon 8 Kejohanan Antara Teknik.

Unit Beruniform

• Menjuarai Pertandingan Kawad Kaki Badan Kerajaan (GO) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) peringkat Daerah
• Mewakili daerah ke Pertandingan Kawad Kaki kategori Badan Kerajaan ke peringkat negeri.
• 10 orang pelajar mewakili daerah ke perkhemahan-perkhemahan anjuran Agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan.

Persatuan Akademik

• Memasuki peringkat akhir Pertandingan Bahas Bahasa Melayu dan Pantun Peringkat Daerah Kuala Terengganu.
• Menjuarai Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah Kuala Terengganu.
• Menjuarai pertandingan bahas Bahas Inggeris Antara SM Teknik Peringkat Zon Timur (Kelantan dan Terengganu).

Kelab Berasaskan Hobi dan Rekreasi

• Menjuarai Pertandingan Inovasi dan Rekacipta Antara Teknik (KAT) Peringkat Zon Timur (Kelantan dan Terengganu)
| | edit post
FOKUS UNIT KOKURIKULUM TAHUN 2010
1. Mengerakkan secara aktif semua unit-unit kokurikulum melalui pemantauan yang berkesan.
2. Mengaktifkan semua pasukan badan beruniform melalui perancangan aktiviti yang menarik
3. Memastikan 15% pelajar mendapat Gred A dan 85% pelajar mendapat Gred B dalam Penilaian Aktiviti Kokurikulum.
4. Melibatkan secara aktif pelajar Aliran Kemahiran (SKM) dalam aktiviti kokurikulum.
5. Memperkasakan koperasi sekolah untuk menjadi “benchmark” sebagai pengurusan koperasi terbaik dan mendapat pengiktirafan Koperasi 5 Bintang sempena Hari Koperasi Sekolah.
| | edit post
MISI KOKURIKULUM
DALAM USAHA UNTUK MEREALISASIKAN KECEMERLANGAN KOKURIKULUM, MISI SMTWT ADALAH SEPERTI BERIKUT:

o MENINGKATKAN KECEKAPAN DAN KEBERKESANAN PENGURUSAN KOKURIKULUM

o MENYEDIAKAN KEMUDAHAN YANG MENCUKUPI DAN BERKUALITI UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI KOKURIKULUM

o MENGGALAKKAN PELAJAR MELIBATKAN DIRI DALAM PERTANDINGAN SEHINGGA KE PERINGKAT TERTINGGI

o MENINGKATKAN KOMITMEN GURU-GURU DALAM MENJAYAKAN SEMUA AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEMUA PERINGKAT
| | edit post
VISI KOKURIKULUM
DIKENALI SEBAGAI SEKOLAH TERSOHOR DI BIDANG KOKURIKULUM DAN
MENJADI PENANDA ARAS DALAM PENGURUSAN, PENGLIBATAN DAN
PENCAPAIAN KOKURIKULUM PADA 2010
| | edit post
DASAR KOKURIKULUM
MENGERAKKAN SEMUA KEGIATAN KOKURIKULUM SECARA AKTIF DAN BERKESAN MELALUI PEMANTAUAN YANG EFESIEN KERANA AKTIVITI KOKURIKULUM DAPAT MENYEDIAKAN PELBAGAI PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN UNTUK PERKEMBANGAN MENTAL, MINAT, BAKAT, JASMANI, ROHANI DAN PEMBENTUKAN NILAI-NILAI ESTETIKA SERTA SOSIAL YANG POSITIF
| | edit post
MATLAMAT KOKURIKULUM
1. Meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk survival dalam era globalisasi

2. Memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap pelajar untuk perkembangan sahsah yang cemerlang.

3. Mengelakkan para pelajar dari ancaman dan musuh negara terutamanya dadah dan budaya yang dilarang melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum yang menarik dan terancang.

4. Menanamkan semangat kecintaan terhadap sekolah, agama, bangsa dan negara.
| | edit post
OBJEKTIF KOKURIKULUM
1. Melahirkan warga sekolah yang berketrampilan dan berdaya juang tinggi.

2. Melahirkan insan yang seimbang dan mewujudkan masyarakat penyayang.

3. Menjadikan sekolah sebagai tempat rekreasi sumber inspirasi dan sumber ilmu pengetahuan.

4. Memaksimunkan penggunaan teknologi maklumat.

5. Memberi peluang sama rata kepada semua pelajar.

6. Menyediakan ruang dan peluang untuk pelajar mengikut aktiviti yang diwujudkan.
| | edit post
KONSEP KOKURIKULUM
1. Gerak kerja kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah dan merupakan lanjutan daripada pengetahuan yang diperoleh oleh pelajar di dalam bilik darjah.

2. Kegiatan ini diwajibkan kepada semua pelajar bagi memastikan setiap pelajar diberi peluang sepenuhnya untuk mengembangkan bakat dan kebolehan bagimelahirkan warganegara yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

3. Penglibatan para guru, ibu bapa dan sokongan masyarakat setempat erupakan tonggak tercapainya aspirasi yang dilaungkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4. Pihak sekolah bertanggungjawab untuk mencipta peluang dan ruang supaya setiap pelajar dapat melibatkan diri dan dapat meningkatkan ketrampilan diri dan membina sahsiah yang cemerlang.
| | edit post
KARNIVAL PERMAINAN 2010
| | edit post
PENCAPAIAN KOKURIKULUM TAHUN 2009
Emas (Clean and Jerk) dan Emas (Snatch)
Sukan Angkat Berat Kategori B17 (L) tidak melebihi 77 kg - Karnival Sukan Pelapis Negeri 2009 di Pulau Pinang
- Muhammad Faiz bin Abd Rashid


Johan Plate Ragbi KAT peringkat Kebangsaan


Johan Melawan Kebakaran
Perkhemahan Integrasi Pasukan Kadet Pertahanan Awam Malaysia di Kem Pengakap, Bukit Katil, Melaka peringkat Kebangsaan


Ketua Platun Terbaik Keseluruhan - Ahmad Fazli bin A. Rahman
Johan Kawad Kaki (P)
Johan Menyelamat
Naib Johan Memadam Kebakaran
Perkhemahan Integrasi Kadet Pertahanan Awam di Kem Merbau Menyusut, Setiu, Terengganu peringkat Negeri Terengganu
- 16 orang pelajar mewakili negeri ke peringkat kebangsaan


Antara 4 Koperasi Sekolah Terbaik Negeri Terengganu
Antara 52 Terbaik Keseluruhan
Sempena Hari Koperasi Sekolah 2009


Johan Ragbi KAT peringkat Zon 8 (Kelantan & Terengganu)


Naib Johan Bahas Bahasa Inggeris KAT peringkat Zon 8 (Kelantan & Terengganu)


Kejohanan Olahraga peringkat MSSM K.Terengganu
8 Emas 3 Perak 4 Gangsa
- Johan Keseluruhan Lelaki B18
- Lelaki Terbaik – Farid Hamidi bin Zolkepli


Johan Pertandingan Bola Tampar (L18) peringkat MSSM K. Terengganu Utara


Johan Pertandingan Pentaque (P18) peringkat MSSMKTU


Johan Pertandingan Bola Sepak (L18) peringkat MSSMKTU
- 3 orang pelajar mewakili daerah KTU dan mendapat tempat ke-3.


Johan Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Sek. Men. (Agensi Kerajaan) Perempuan – Kadet Pertahanan Awam peringkat Daerah K.Terengganu Utara
- Ketua Platun Terbaik – Maizatul Syafika binti Mohd Sidek.


Naib Johan Pertandingan Ragbi peringkat MSSMKTU
- 9 orang mewakili daerah KTU dan mendapat Johan


Naib Johan Festival Nasyid (L) peringkat daerah


Naib Johan Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Ala Parlimen. Sek. Men. peringkat daerah
| | edit post
JAWATANKUASA KOKURIKULUM SEKOLAH
Pengerusi :
Hj. Hussin bin Yusof (Pengetua)


Timbalan Pengerusi :
Hj. Mohamad bin Muda (PK Kokurikulum)


Naib Pengerusi I :
Hj. Mohd Nazri bin Hashim (PK Pentadbiran)


Naib Pengerusi II :
Hj. Che An’nfullah bin Abdullah (PK HEM)


Setiausaha :
Pn. Eliyawati binti Saydi


Guru Data Kokurikulum :
Pn. Widad binti Mohd. Kharuddin


Ahli Jawatankuasa :


Setiausaha Sukan :
En. Zulkarnain bin Mohd. Zawawi


Penolong Setiausaha Sukan :
En. Mohd. Asari bin Muda


Penyelaras Unit Pengurusan Pasukan Unit Beruniform :
Pn. Rahana binti Seman


Penyelaras Unit Pengurusan Persatuan dan Kelab :
Pn. Zailawati binti Che Lah


Penyelaras Unit Pengurusan Sukan dan Permainan :
En. Mohd Kamaruzani bin Kamarudin


Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa :
En. Ismail bin Abdul Ghafar


Guru Kanan Mata Pelajaran Sains dan Matematik :
En. Mohd Razadi bin Ismail


Guru Kanan Mata Pelajaran Vokasional :
En. Zainuzzaman bin Abdullah


Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan :
Hjh. Aziazah binti Mohd


UNIT PENGURUSAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM




Pengerusi : Tn. Hj. Hussin bin Yusof (Pengetua)
Naib Pengerusi : Tn. Hj. Mohamad bin Muda (PK Kokurikulum)
Penyelaras : Pn. Rahana binti Seman
Setiausaha : Pn. Soleha binti Mat Din


AJK
En. Muhammad Khairi Sham bin Samsudin
En. Hamizon bin Amzah (PBSM)
En. Sazli bin Aziz @ Abd. Aziz (Pasukan Kadet Bomba)
En. Mohamad Padzli bin Ismail (Pasukan Pengakap 1)
En. Zaidi bin Sulong @ Long (Pasukan Pengakap 2)
En. Razli bin Ibrahim (Pasukan Pengakap 3)
En. Che Salim b Che Ahmad (KRS Platun1)
En. Roslin @ Nazri bin Kasbolah (KRS Platun 2)
En. Zainal bin Ngah (Kadet Remaja Sekolah Platun 3)
En. Zukenaidi bin Mamat (Kadet Pertahanan Awam 1)
En. Zulkarnail bin Hassan (Kadet Pertahanan Awam 2 )



UNIT PENGURUSAN PERSATUAN DAN KELAB




Pengerusi : Tn. Hj. Hussin bin Yusof (Pengetua)
Naib Pengerusi : Tn. Hj. Mohamad bin Muda (PK Kokurikulum)
Penyelaras : Pn. Zailawati binti Che Lah
Setiausaha : Pn. Wan Noraniza binti Wan Yusof


Kelab Berasaskan Mata Pelajaran


Penyelaras - Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa
Ketua Penasihat Persatuan Bahasa Melayu
Ketua Penasihat Persatuan Bahasa Inggeris


Penyelaras - Guru Kanan Mata Pelajaran Sains dan Matematik
Ketua Penasihat Persatuan Matematik
Ketua Penasihat Persatuan Sains


Penyelaras - Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan
Ketua Penasihat Persatuan Agama Islam
Ketua Penasihat Persatuan Sejarah


Penyelaras - Guru Kanan Mata Pelajaran Vokasional
Ketua Penasihat Kelab Rekacipta
Ketua Penasihat Kelab ICT


Persatuan Bukan Akademik/ Hobi


Ketua Penasihat Kelab Setia/Rukun Negara
Ketua Penasihat Kelab Kembara dan Alam Sekitar
Ketua Penasihat Kelab Pengguna
Ketua Penasihat Kelab Keusahawanan
Ketua Penasihat Kelab Kesenian dan Kebudayaan
Ketua Penasihat Kelab Kerjaya dan Rakan Sebaya
Ketua Kelab PROSTAR (Slad)
Kelab Pencegahan Jenayah
Kelab Penyelenggaraan (Khusus Pelajar SKM)




KELAB SUKAN DAN PERMAINAN




Pengerusi : Tn. Hj. Hussin bin Yusof (Pengetua)
Naib Pengerusi : Tn. Hj. Mohamad bin Muda (PK Kokurikulum)
Penyelaras : En. Mohd. Kamaruzani bin Kamarudin
Setiausaha : Pn. Yaumi binti Chik


Ahli-Ahli :
Ketua Penasihat Kelab Bola Sepak/Futsal
Ketua Penasihat Kelab Sepak Takraw
Ketua Penasihat Kelab Ragbi
Ketua Penasihat Kelab Bola Jaring
Ketua Penasihat Kelab Bola Tampar
Ketua Penasihat Kelab Ping Pong
Ketua Penasihat Kelab Hoki
Ketua Penasihat Kelab Badminton
Ketua Penasihat Kelab Bola Baling
Ketua Penasihat Kelab Kelab Catur
Ketua Penasihat Kelab Pentaq


MAJLIS SUKAN SEKOLAH (PASUKAN SEKOLAH)


Pengerusi : Tn. Hj. Hussin bin Yusof (Pengetua)
Timbalan Pengerusi : Tn. Hj. Mohamad bin Muda (PK Kokurikulum)
Setiausaha : En. Zulkarnain bin Mohd. Zawawi
Penolong S/u : En. Mohd. Asari bin Muda


Ahli-Ahli :
Ketua Jurulatih Pasukan Bola Sepak
Ketua Jurulatih Pasukan Sepak Takraw
Ketua Jurulatih Pasukan Ragbi
Ketua Jurulatih Pasukan Bola Jaring
Ketua Jurulatih Pasukan Bola Tampar
Ketua Jurulatih Pasukan Ping Pong
Ketua Jurulatih Pasukan Hoki
Ketua Jurulatih Pasukan Badminton
Ketua Jurulatih Pasukan Bola Baling
Ketua Jurulatih Pasukan Kelab Catur
Ketua Jurulatih Pasukan Pentaq
Ketua Jurulatih Pasukan Merentas Desa
Ketua Kontinjen Sekolah Kejohanan Olahraga MSSMKTU
Ketua Rumah Saga (Merah)
Ketua Rumah Wira (Kuning)
Ketua Rumah Waja (Biru)
Ketua Rumah Satria (Hijau)
Penyelaras Kejohanan Larian TWT 2010
Penyelaras Sukantara Sekolah



| | edit post
  • Demi Masa...

    menghitung hari

    Tuan Pengetua

    Tuan Pengetua
    Tn. Hj. Hussin bin Yusof

    Penolong Kanan Pentadbiran

    Penolong Kanan Pentadbiran
    Tn. Hj. Mohd Nazri bin Hashim

    Penolong Kanan HEM

    Penolong Kanan HEM
    Tn. Hj. Che An'nfullah bin Abdullah

    Penolong Kanan Kokurikulum

    Penolong Kanan Kokurikulum
    Tn. Hj. Mohamad bin Muda

    Gemilang Kokurikulum

    Gemilang Kokurikulum

    Contoh Sijil Kokurikulum

    Contoh Sijil Kokurikulum

    Perhimpunan Mingguan

    Perhimpunan Mingguan
    Setiap hari Selasa

    Hari Kokurikulum

    Hari Kokurikulum



    Majlis Perasmian

    Gerai Jualan


    Pameran

    Perkhemahan Perdana

    Perkhemahan Perdana